BERITA

Mangsa banjir di Sabah meningkat 1,245

26 Jan 2019, 12:42 pm

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Hujan berterusan sejak petang semalam sehingga petang ini menyebabkan mangsa meningkat kepada 1,425 orang daripada 510 keluarga, dan kesemua mereka dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di 11 PPS di Dewan Kampung Longob, Sekolah Kebangsaan Taritipan, Dewan Mosolog, Sekolah Menengah Agama Goshen.

Dewan Morion, Dewan FTC Dama 1, Dewan Asin-Asin, Dewan SMK Tandek, Dewan Komuniti Kota Marudu, Dewan Batition dan Dewan St Theresa.

Kesemua mangsa itu dari 26 kampung terjejas banjir antaranya Kampung Longob, Kampung Belianjung, Kampung Mosolok, Kampung Maragatung, Kampung Salimandut, Kampung Damai, Kampung Parong, Kampung Popok Laut, Kampung Gurantung, Kampung Garada, Kampung Morion dan Kampung Teritipan.

“Setakat 5 petang tadi, pasukan bomba bersama agensi lain terus menjalankan operasi memantau dan memindahkan mangsa terlibat," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sehingga kini, hujan masih berterusan menyebabkan dua jalan tidak dapat dilalui kerana dinaiki air di Kilometer 5.7 Jalan Gana dan Jalan Kota Marudu-Marak Parak.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.