malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Sultan Ibrahim perkenan terima mengadap Dr Wan Azizah
Diterbitkan:  Jan 26, 2019 6:24 PM
Dikemaskini: 10:25 AM
ADS

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Bukit Serene, di Johor Bahru hari ini.

Menurut catatan di laman Facebook rasmi Sultan Johor yang turut disertakan beberapa keping gambar, ketibaan Dr Wan Azizah di perkarangan istana berkenaan pada 3 petang, disambut Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Ia merupakan kunjungan rasmi Dr Wan Azizah yang pertama sejak dilantik timbalan perdana menteri.

Pertemuan bersama baginda berdua itu berlangsung lebih sejam yang membincangkan pelbagai perkara dan Dr Wan Azizah turut diraikan dalam satu majlis santapan ringan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen