malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Penamatan ECRL disebabkan bayaran faedah tahunan RM500 juta - Azmin
Diterbitkan:  Jan 26, 2019 11:09 AM
Dikemaskini: 5:43 AM
ADS

Pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah disebabkan oleh bayaran faedah yang tinggi yang ditanggung negara, demikian menurut Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Azmin memberitahu pemberita pagi ini bahawa kabinet memutuskan untuk membatalkan projek itu kerana faedah sebanyak RM500 juta perlu dibayar setap tahun jika ia diteruskan.

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat kabinet pada hari Khamis dan ianya adalah muktamad, katanya.

Katanya kabinet membuat keputusan itu kerana kos untuk membangunkan ECRL terlalu tinggi dan "kita tidak ada kemampuan kewangan (untuk melaksanakannya) pada saat ini"

"Dan jika projek ini tidak dibatalkan, bayaran faedah yang perlu dibayar oleh kerajaan mencapai setengah bilion ringgit.

"Ini adalah sesuatu yang kita tidak mampu untuk lakukan," katanya selepas melancarkan satu majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Silat Cekak Hanafi di Kuala Lumpur.

Azmin menambah bahawa kerajaan juga meneliti pilihan mengkaji semula projek itu untuk mengurangkan kos, tetapi mendapati jumlah itu masih tinggi.

Dilaporkan pada hari Jumaat bahawa Putrajaya telah memutuskan untuk menamatkan projek ECRL kontroversi bernilai RM81 bilion.

Apabila ditanya mengenai bayaran pampasan kepada CCCC, Azmin berkata ia akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan.

katanya ia akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan untuk memastikan kos (pampasan) tidak akan meningkat lagi beban kewangan negara hari ini.

[Baca berita penuh]



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen