malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pengerusi SPR: Kalau parlimen tolak, saya sedia undur
Diterbitkan:  Jan 25, 2019 12:34 PM
Dikemaskini: 4:41 AM
ADS

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata beliau bersedia meletakkan jawatan jika terdapat undian menolaknya di parlimen.

Justeru, katanya, pihak yang tidak berpuas hati dengan kepimpinannya atau SPR boleh meminta wakil rakyat masing-masing membangkitkan perkara itu di parlimen.

"Saya serahkan kepada 30 juta rakyat Malaysia untuk menilai saya dan SPR.

“Dan jika majoriti mereka tidak berpuas hati dengan saya atau SPR berada di bawah saya, tolong beritahu ahli parlimen di kawasan masing-masing dan undi tolak saya di Parlimen.

“Saya akan letak jawatan tanpa sebarang syarat sekiranya ada undi itu. Itu janji saya,” katanya dalam ciapan di Twitter miliknya.

 Namun, ia dipercayai ada kaitan dengan pelbagai dakwaan terutama pembangkang yang mempertikaikan kewibawaan SPR bawah terajunya sejak kebelakangan ini.

Ini susulan SPR sekarang hanya mempunyai seorang pengerusi, tanpa barisan pesuruhjayanya.

Enam anggota pesuruhjaya SPR akan berdepan tribunal siasatan dakwaan salah lagu berkaitan peranan mereka menjelang pilihan raya umum lalu.

Lihat Komen