malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Orang asal Mulu mahu syarikat minyak sawit henti tebang hutan di taman negara
Diterbitkan:  Jan 24, 2019 10:53 AM
Dikemaskini: 2:53 AM
ADS

Orang asal Mulu dilaporkan telah menulis kepada Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg memohon bantuannya menghentikan penebangan kawasan hutan untuk tanaman kelapa sawit di kawasan sekitar Taman Negara Gunung Mulu, yang diiktiraf oleh PBB sebagai tapak warisan dunia.

Penduduk kampung dari Bateu Bungan, Long Terawan, dan Kampung Melinau bimbang tentang pemusnahan hutan mereka oleh syarikat-syarikat ladang kelapa sawit, lapor The Borneo Post hari ini.

Syarikat-syarikat ini dikatakan tidak memperdulikan hak ke atas tanah adat di kawasan bersebelahan taman negara itul. Penduduk kampung menyalahkan syarikat-syarikat ini kerana menjejaskan mata pencarian mereka.

Orang asal itu juga mahu hutan dan kawasnya Taman Negara Gunung Mulu dipelihara.

"Kami harap ia kekal menjadi tempat kediaman kami, kediaman anak-anak kami dan generasi akan datang," demikian menurut surat bersama oleh ketua Bateu Bungan, TK Ukau Lupung, dan turut ditandatangani oleh wakil jawatankuasa bertindak Long Terawan Willie Kajan.

"Sejak zaman dahulu lagi hingga sekarang, kita hidup di hutan ini, kita tidak mahu ia dimusnahkan dan diubah menjadi ladang," kata mereka dalam surat itu.

"Daripada kehilangannya, kami ingin melindungi kepelbagaian alam persekitaran Tapak Warisan Dunia Mulu di Borneo. Ia sepatutnya kekal sebagai tarikan pelancong dan ekosistem yang penting untuk seluruh dunia, "tambah mereka.

Orang asal Mulu juga dilaporkan mendakwa bahawa syarikat-syarikat kelapa sawit itu tidak berunding dengan mereka yang telah tinggal di situ sejak banyak generasi.

[Baca berita asal]


Lihat Komen