malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM digesa siasat penglibatan Ku Nan urusan tanah Taman Rimba Kiara
Diterbitkan:  Jan 22, 2019 6:30 PM
Dikemaskini: 10:30 AM
ADS

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) menggesa bekas menteri wilayah persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor disiasat berhubung urusan tanah Taman Rimba Kiara di Kuala Lumpur.

Pengarah Eksekutif NGO antirasuah itu, Cynthia Gabriel berkata pihaknya sudah meneliti struktur pemilikan Memang Perkasa Sdn Bhd (MPSB) yang merupakan syarikat yang bertanggungjawab memajukan tanah itu dalam usaha sama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Daripada penelitian itu, jelas Gabriel, pihaknya mendapati terdapat kemungkinan wujud konflik kepentingan melibatkan Tengku Adnan.

Gabriel menjelaskan seseorang bernama "Rosmanira Junoh" mempunyai 19.09 peratus dalam MPSB dan pada masa yang sama turut terlibat dengan Dataran Hartajaya Sdn Bhd through Aman Ikhtisas Sdn Bhd.

Tambah Gabriel, Aman Ikhtisas memegang 33.3 peratus kepentingan Dataran Hartajaya sementara 66.7 peratus kepentingan selebihnya dimiliki Tadmansori Holding Sdn Bhd, syartikat yang pemegang majoriti sahamnya ialah Tengku Adnan.

Tengku Adnan atau Ku Nan juga merupakan pengerusi YWP memandangkan ketika itu beliau merupakan menteri wilayah persekutuan. YWP merupakan badan amal Kementerian Wilayah Persekutuan.

"Kaitan antara Tengku Adnan dan pengarah-pengarah syarikat berkenaan akan menimbulkan persoalan berhubung konflik kepentingan dalam urusan itu.

"C4 menggesa SPRM menyiasat YWP dan Tengku Adnan berhubung penglibatan mereka dalam urusan tanah berkenaan," katanya.

Nov tahun lalu, Tengku Adnan dihadapkan dengan tuduhan menerima RM2 juta daripada pemaju Aset Kayamas Sdn Bhd ketika sedang dalam urusan dengan syarikat itu. Wang berkenaan dikatakan dimasukkan ke dalam akaun Tadmansori Sdn Bhd.

Ku Nan juga didakwa menerima RM1 juta suapan untuk menaikkan ratio plot pembangunan di Jalan Semarak oleh Paragon City Development Sdn Bhd.

Untuk rekod, isu berkaitan Taman Rimba Kiara sebelum ini turut dibangkitkan penduduk Taman Tun Dr Ismail yang membantah projek pemaju di kawasan itu sejak dua tahun lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen