malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
51 permit diberi pada petani cuma surat kelulusan - Adun
ADS

PRK CAMERON | Adun Tanah Rata Chiong Yoke Kong hari ini mendakwa 51 permit yang diberikan kerajaan Pahang kepada petani Cameron Highlands hanyalah sekadar surat kelulusan.

Menurut Chiong, petani berkenaan sedar hal ini ketika membuat permohonan pekerja asing di Pejabat Buruh apabila diberitahu mereka memerlukan sijil daripada Jabatan Perhutanan Pahang.

"Para petani tidak dapat memohon untuk (mengambil) pekerja asing baru... yang menyebabkan saya terpaksa mengemukakan rayuan di Pejabat Buruh supaya menguruskan permohonan mereka secara manual," katanya.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara yang menjadi sebahagian kempen Pakatan Harapan di sebuah kopitiam di Ringlet hari ini.

Chiong juga mempersoalkan janji Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail untuk mengeluarkan 21 Permit Penggunaan Dalam Hutan Simpanan Kekal - yang membenarkan petani menggunakan kawasan hutan simpan bagi tujuan pertanian pada hari Rabu ini.

Wakil rakyat DAP itu berkata pengeluaran permit itu telah diputuskan kerajaan Pahang sebelum pilihan raya kecil ini diumumkan lagi, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 116 permit.

Beliau juga menggesa pengundi untuk tidak terpikat dengan kenyataan 'saling tolong-menolong' yang dibuat menteri besar kerana permit itu akan tetap dikeluarkan secara berperingkat.

Semalan, Wan Rosdy menggesa pengundi Cina di Cameron Highlands untuk menyokong calon BN Ramli Mohd Nor pada hari pengundian Sabtu ini.

Beliau berkata kehidupan petani tempatan akan bertambah baik dan menegaskan beliau tidak mahu menjanjikan apa-apa mengenai Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

"Jadi saya harap tuan-tuan faham, kita sama-sama rakan, mahu tolong...tapi (kamu) pun kena tolong, sama-sama (kita) tolong lagi cantik," kata Wan Rosdy.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen