malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis tahan 12 lelaki dipercayai terlibat pergaduhan
Diterbitkan:  Jan 21, 2019 10:52 PM
Dikemaskini: 2:52 PM
ADS

Polis menahan 12 lelaki dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di Taman Flora Utama di Batu Pahat, dua hari lepas, dengan empat daripada mereka cedera.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Azhan Abdul Halim berkata empat lelaki yang cedera itu ditahan pada 2.30 pagi, dua hari lepas, kira-kira sejam selepas pergaduhan berlaku manakala lapan lain ditahan di sekitar bandar ini, semalam.

"Siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara dua kumpulan menyebabkan empat daripada mereka mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan dipercayai dipukul dengan botol arak.

"Pergaduhan itu dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati berhubung isu parkir kenderaan," katanya dalam kenyataan di Batu Pahat hari ini.

Azhan berkata siasatan awal setakat ini mendapati tiada sebarang pengaruh atau elemen kongsi gelap yang menyebabkan pergaduhan tersebut.

Beliau berkata kesemua mereka kini direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

- Bernama

Lihat Komen