malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPR 'rabun' di Cameron Highlands - Annuar
Diterbitkan:  Jan 21, 2019 9:30 PM
Dikemaskini: 2:06 PM
ADS

PRK CAMERON | Umno mendakwa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) 'rabun' apabila gagal melihat kesalahan yang dilakukan parti bertanding ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa berkata ini kerana pembuatan keputusan SPR hanya 'dikuasai' oleh seorang saja.

"SPR (kata) memandang serius pelanggaran peraturan pilihanraya pada PRK Cameron Highlands

"Tapi dah berlambak yang salah dan kantoi, SPR rabun serius dan tak nampak," ciap Annuar di Twitternya hari ini tanpa memperincikan jenis kesalahan yang didakwanya itu.

Selain itu Annuar juga dipercayai merujuk ciapannya itu kepada Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun.

"Maklumlah namanya suruhanjaya. Sebenarnya satu orang saja yang buat keputusan. Dan seorang itu dah di ketahui berpihak kepada satu pihak saja," kata Annuar lagi.

Komposisi SPR

Annuar pada 18 Januari lalu mempertikaikan sama ada kewujudan SPR ketika ini adalah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ia ekoran suruhanjaya itu ketika ini hanya dikendalikan oleh seorang individu iaitu pengerusinya, Azhar Azizan selepas timbalan pengerusi dan lima anggota pesuruhjaya lain meletak jawatan pada 31 Disember tahun lalu.

Menurutnya, berdasarkan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi dan 5 orang anggota lain.

Beliau berkata, SPR tidak boleh wujud jika hanya mempunyai komposisi hanya dengan seorang pengerusi.


Baca berkaitan: Tuan Ibrahim soal PH: Mana 4 lagi kenderaan kerajaan?

Lihat Komen