malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Amnesty, kumpulan Orang Asli alu-alu Putrajaya saman Kelantan
Diterbitkan:  Jan 19, 2019 10:29 AM
Dikemaskini: 2:29 AM
ADS

Amnesty International dan Jaringan Orang Asli Johor (Jpoaj) mengalu-alukan keputusan Putrajaya untuk menyaman kerajaan Kelantan atas pencerobohan tanah Orang Asli.

"Pengumuman ini merupakan langkah penting ke arah melindungi hak-hak rakyat asal di negara ini. Bagaimanapun, banyak lagi yang perlu dilakukan," kata Rachel Chhoa-Howard dari Amnesty International dalam satu kenyataan.

Chhoa-Howard berkata Orang Asli di Malaysia terus menjadi mangsa pelanggaran hak asasi manusia termasuk tiada pengiktirafan tanah mereka. serta ancaman, intimidasi dan keganasan apabila mereka bersuara.

"Kami menyeru kerajaan persekutuan untuk mengambil tindakan selanjutnya dan skop penuh reform diperlukan untuk menjamin Orang asli mendapat pengiktirafan sepatutnya dan perlindungan di Malaysia," tambahnya.

Sementara itu, pengerusi Jpoaj Dolah Tekoi berkata tindakan itu adalah tanda awal pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan terhadap tanah adat Orang Asli.

Kataya, kerajaan Kelantan angkuh dalam menafikan hak Orang Asli dengan mendakwa bahawa tanah adat tidak wujud adalah tidak sopan.

"Oleh itu, tindakan yang sesuai adalah membawa mereka ke mahkamah, " katanya dalam satu kenyataan.

[Baca berita penuh]


Lihat Komen