malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pahang masih mampu bayar bonus penjawat awam - Wan Rosdy
ADS

PRK CAMERON | Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata kedudukan kewangan negeri BN masih stabil sehinggakan mampu membayar bonus, malahan mengambil kakitangan baru.

Ini susulan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Pahang berhutang RM3.1 bilion kepada kerajaan persekutuan, paling tinggi antara 13 buah negeri dan akan menghadapi kesukaran membantu masyarakat di Cameron Highlands.

Ketika berucap sewaktu berkempen kepada para peneroka di Felda Sungai Koyan, Jelai hari ini, Wan Rosdy menafikan keadaan kewangan negeri dalam keadaan teruk.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas angka hutang yang disebut Guan Eng.

"Kerajaan persekutuan boleh membayar bonus kepada penjawat awam, kerajaan negeri pun boleh membayar bonus kepada penjawat awam.

Kelirukan rakyat

"Kerajaan pusat pecat pegawai Jasa sebanyak 44 orang, kerajaan negeri ambil mereka untuk tugas di Pahang," katanya.

Jasa merupakan unit propaganda kontroversi yang dibubarkan kerajaan persekutuan selepas pilihan raya 9 Mei. Dahulu ia diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Seterusnya beliau yang juga Adun Jelai menjelaskan lebihan belanjawan negeri untuk 2019 melebihi RM28 juta.

Wan Rosdy kemudian menggesa Lim supaya berhenti mengelirukan rakyat.

"Oleh itu Lim Guan Eng, dia fikir dia dari Pakatan apa?" Soal Wan Rosdy bersambut sorakan hadirin yang berkata, "kencing (tipu)."

"Dia nak tipu kita lagi, jangan kena tipu lagi," kata Wan Rosdy lagi.

[Baca berita lanjut]

Lihat Komen