malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib: 1MDB bukan silap saya seorang, seluruh sistem gagal
ADS

Skandal 1MDB tidak patut diletakkan ke salahannya di atas bahu hanya seorang sahaja, menurut bekas perdana menteri Najib Razak.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang bertanya jika Najib akan meminta maaf selepas bank Goldman Sachs menyatakan rasa kesal terhadap peranan bekas pegawainya Tim Leissner dalam perkara itu.

"Kami telah meletakkan sistem termasuk Goldman Sachs dan semua juru audit, mereka sepatutnya memberitahu kami jika ada sebarang perkara yang tidak dijangka berlaku. Kami juga ada lembaga pengarah, pengurusan dan lain-lain lagi.

"Jadi ia kegagalan seluruh sistem. Ia (kesilapan) tidak boleh hanya diletakkan kepada hanya seorang saja, ia kegagalan seluruh sistem," kata Najib ketika ditemui di Cameron Highlands petang ini.

Ditanya lebih lanjut, bekas perdana menteri menegaskan ia suatu kegagalan sistemik dan mengkritik Goldman kerana gagal dalam tugasnya walaupun membayar yuran yang terlalu tinggi untuk perkhidmatan bank berkenaan.

"Bukan hanya saya seorang saja, ia adalah kegagalan sistemik, inilah kunci terhap hal itu. Goldman bank ternama, dan mereka dilantik dengan bayaran yang sangat menarik.

"Mereka sepatutnya melakukan perkara untuk mengawasi dan melindungi kepentingan kita," katanya.

Dalam permohonan maafnya kepada rakyat Malaysia, ketua pegawai eksekutif Goldman Sachs David Solomon berkata negara itu ditipu oleh banyak individu, termasuk anggota tertinggi kerajaan terdahulu.

Menjawap soalan mengenai hal itu, Najib berkata Solomon tidak boleh menyalahkan pihak lain.

"Itu pendapatnya, dia tidak boleh menyalahkan (orang lain) kerana mereka yang mempunyai kewajipan fidusiari (sebagai pemegang amanah) dan juga orang lain, pihak pengurusan dan lembaga pengarah juga.

"Tetapi apa jua, jika saya melakukan sesuatu yang salah, saya akan menerimanya (bertanggungjawab). Tetapi perkara utama adalah kegagalan sistemik," katanya.

Menurut bekas perdana menteri, keutamaannya pada masa lalu untuk "mendapatkan kembali setiap sen."

"Sebab itulah kami pergi kepada penyelesaian IPIC ( International Petroleum Investment Company) dan kami mahu memaksimumkan noilai aset yang kami miliki.

"Jadi jika proses rasionalisasi dibenarkan berjalan, maka kami akan mendapatkan kembali semua wang dalam bentuk pinjaman dan bon," katanya lagi.

Awal hari ini, Lim berkata Najib terus menafikan skandal 1MDB dan enggang mengambil tanggungjawab.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen