malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Petrol RON97, RON95 naik enam sen, diesel naik 12 sen
Diterbitkan:  Jan 18, 2019 5:00 PM
Dikemaskini: 9:00 AM
ADS

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik enam sen kepada RM2.28 seliter dan RM1.98 seliter manakala harga diesel turut naik enam sen kepada RM2.17 seliter mulai tengah malam ini hingga 25 Januari.

“Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$60 setong kepada AS$63 setong bagi petrol RON95 dan daripada AS$68 setong kepada AS$72 setong bagi diesel,” kata kenyataan kementerian kewangan.

Mulai 5 Januari lalu, harga runcit produk petroleum secara mingguan ini adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Lihat Komen