malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Anggota tentera didakwa biak nyamuk aedes di rumahnya
Diterbitkan:  Jan 11, 2019 3:36 PM
Dikemaskini: 8:21 AM
ADS

Seorang anggota tentera berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membiakkan dan memberi perlindungan kepada nyamuk aedes di kawasan rumahnya di kuarters tentera, tiga tahun lepas.

Norkamarulzaman Suid, 36, selaku Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan membiak serangga pembawa penyakit iaitu larva nyamuk aedes egypti, di dalam bekas plastik di kawasan rumah di Kem Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek di sini pada 10.45 pagi, 13 Sept 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 13(1) dan dibaca bersama Seksyen 13(2) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan dihukum di bawah Seksyen 23(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Shumizan Siron manakala Norkamarulzaman tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Feb untuk sebutan semula kes bagi tertuduh melantik peguam.

-- Bernama

Lihat Komen