Pengiklanan

    Lim akui PH gentar dengan pemilihan calon BN


    (Dikemaskini )

    PRK CAMERON l Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui Pakatan Harapan gentar dengan pemilihan calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.

    "Kita gentar, itu sebab kita kena turun untuk beri bantuan kepada calon.

    "Persiapan itu tentulah harap boleh diperbaiki, tapi buat masa ni ia dah bergerak dengan seberapa rapi yang mungkin, itu kita akan cuba tambah baik dan gerak dengan lebih intensif lagi," kata Lim kepada pemberita selepas melancarkan pusat operasi DAP di Brinchang, Cameron Highlands malam tadi.

    BN semalam mengumumkan bekas Ketua Jabatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Ramli Mohd Nor yang berasal dari suku Semai di Cameron Highlands, sebagai calon bagi pilihan raya kecil itu.

    Parlimen Cameron Highlands terdiri daripada 22 peratus pengundi Orang Asli.

    Pemangku presiden Umno Mohamad Hassan dilapor yakin masyarakat Orang Asli akan memberikan sokongan penuh kepada Ramli.

    Lim mengakui bahawa Ramli (gambar) adalah "calon yang sangat kuat", namun tidak parti yang diwakilinya.

     "Mereka mempunyai calon yang kuat tetapi parti yang diwakilinya bukan parti yang dapat selamatkan diri sendiri, jadi bagaimana mereka dapat membantu rakyat?" kata menteri kewangan itu.

    Beliau berkata untuk PRK kali ini, semua kepimpinan PH akan turun padang untuk berkempen.

    Mereka termasuk presiden Amanah Mohamad Sabu, presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, presiden PKR Anwar Ibrahim, serta presiden Pakatan Harapan (PH) Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad.

    PH meletakkan calonnnya dari DAP, M Manogaran yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi yang sama sebanyak dua kali.

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih