malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ramkarpal: Kenapa menteri membisu buka semula kes Teoh Beng Hock?
Diterbitkan:  Jan 10, 2019 5:37 PM
Dikemaskini: 9:37 AM
ADS

Kegagalan Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengarahkan Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun untuk membuka semula siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock boleh menimbulkan kecurigaan mengenai kemungkin cuba menutup kes itu, kata seorang ahli parlimen DAP.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, Muhyiddin dan kementeriannya masih berdiam diri walaupun dimaklumkan pada Oktober lalu bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan pihak polis untuk membuka semula kes itu sejak Julai lalu.

Dalam satu kenyataan, Ramkarpal menolak kenyataan Muhyiddin pada Oktober lalu bahawa polis masih menunggu arahan AGC untuk membuka semula siasatan.

Teoh, bekas pembantu politik kepada ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada tahun 2009 selepas jatuh daripada tingkat sembilan, bangunan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam di mana pemimpin DAP itu telah ditahan semalaman untuk disoal siasat.

"Adalah mengejutkan bahawa Muhyiddin berkata demikian [...] apabila peguam negara telah mengarahkan IGP untuk membuka semula siasatan pada 17 Julai 2018, melalui surat yang bertarikh sama dengan arahan kepada IGP," katanya.

Ramkarpal menambah surat kepada IGP itu adalah sebagai respons yang dihantarnya kepada Tommy Thomas mengenai kes itu. Kabinet pada bulan Jun tahun lalu bersetuju untuk membuka semula siasatan selepas ini dibangkitkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Ramkarpal berkata walaupun beliau sendiri menulis kepada Muhyiddin pada 26 Oktober untuk memaklumkan pendirian peguam negara itu, beliau mendakwa tidak menerima sebarang jawapan.

"Saya kesal kerana belum menerima jawapan daripada Muhyiddin berhubung surat saya yang bertarikh 26 Okt.

"[...] kenapa Muhyiddin tidak mengarahkan IGP untuk membuka semula siasatan ke kematian Teoh walaupun menyedari bahawa AG telah mengarahkan IGP untuk berbuat demikian sejak Julai?

"Kenapa Muhyiddin tidak mengarahkan IGP untuk membuka semula siasatan ke atas kematian Teoh di sebalik fakta bahawa Mahkamah Rayuan sendiri menemui bukti salah laku berhubung kematian Teoh dan bahawa AG sendiri berpendapat bahawa siasatan ke atas kematiannya sepatutnya dibuka semula?

"Kegagalan Kementerian Dalam Negeri untuk mengarahkan IGP untuk bertindak dengan serta-merta menimbulkan kecurigaan yang serius mengenai kemungkinan ada cubaan menutup kes kematian Teoh," kata Ramkarpal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen