Pengiklanan

    Perumpamaan kuih Orang Asli: Saya cuma petik persepsi orang, kata calon PH


    (Dikemaskini )

    Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands M Manogaran menjelaskan bahawa beliau hanya memetik persepsi orang ramai ketika mengulas kemungkinan BN meletakkan calon Orang Asli dengan memberi perumpamaan kuih.

    Manogaran menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan "persepsi" itu dan ia perlu diperbetul.

    "Itu apa yang orang kata, tapi itu persepsi yang salah dan perlu diperbetul [...]

    "Apa persepsi orang ramai, saya perlu tahu. Saya tidak bersetuju. Ia perlu diperbetul.

    "Apa yang saya maksudkan sebenarnya adalah jika BN fikir mereka boleh dapat undi dengan meletakkan calon dari kalangan kaum tertentu, itu tidak betul," katanya kepada Malaysiakini.

    Terdahulu, Manogaran memberikan perumpamaan kuih ketika mengulas kemungkinan BN meletakkan Ramli Mohd Noor dalam PRK 26 Jan ini.

    Ramli merupakan Orang Asli beragama Islam dan merupakan pesara polis.

    BN dispekulasikan akan meletakkan Ramli untuk menarik undi Orang Asli yang mewakili 20 peratus pengundi Cameron Highlands.

    Manogaran berkata strategi BN meletakkan Ramli sebagai calon PRK tidak akan berkesan kerana "orang Melayu tak beli kuih pun dari gerai Orang Asli"

    Beliau juga berkata bahawa Orang Asli akan mengundi calon dari kerajaan kerana ia akan memudahkan mereka mendapatkan kemudahan asas yang diperlukan.

    Penamaan calon bagi PRK Cameron Highlands akan diadakan pada 12 Jan ini, sementara BN dijangka mengumumkan calon esok pagi.

    [Baca berita asal]