malaysiakini logo
story-image
ADS

Dua kanak-kanak maut manakala seorang lelaki cedera parah ditetak seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Kuala Sungai Yan di Yan, Kedah lewat tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar dalam kenyataan pendek berkata pihak polis menerima maklumat kejadian itu pada 11.55 malam tadi.

Beliau berkata maklumat awal mendapati lelaki cedera parah itu berumur 52 tahun manakala kanak-kanak perempuan dan lelaki yang meninggal dunia itu masing-masing berusia empat tahun dengan setahun dua bulan.

"Polis berjaya menahan suspek berumur 49 tahun itu di sekitar kampung berkenaan pada 1.30 pagi, sebab mereka sekampung. Berdasarkan pemeriksaan rekod lampau, suspek ini ada rekod kesalahan berkaitan dadah," katanya.

Shahnaz berkata kes setakat ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat.


-- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen