malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
KSN umum 12 kementerian dapat KSU baru
Diterbitkan:  Jan 4, 2019 5:51 PM
Dikemaskini: 10:13 AM
ADS

Sebanyak 12 kementerian menerima Ketua Setiausaha (KSU) yang baru, kata Ketua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar.​

Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua mereka menerima watikah pelantikan yang disampaikan olehnya semalam.

“Pengisian jawatan-jawatan itu dilaksanakan berikutan kekosongan jawatan (akibat persaraan wajib dan tamat tempoh kontrak penyandang) serta mengambil kira keperluan untuk dibuat pusingan penempatan di kalangan ketua-ketua setiausaha Kementerian sedia ada,” katanya.

Menurutnya, pelantikan baru itu merupakan langkah pembaharuan kepada perkhidmatan awam yang merupakan elemen penting dan tulang belakang pentadbiran negara.

“Saya percaya pengisian jawatan ini akan memperkukuhkan lagi barisan pengurusan tertinggi di peringkat kementerian dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dengan berkesan dan memberikan perkhidmatan terbaik demi kemakmuran rakyat dan negara,” katanya.

Senarai lantikan

Mereka yang dilantik termasuk Saripuddin Kasim yang dilantik sebagai KSU Kementerian Wilayah Persekutuan (jawatan terdahulu: KSU Kementerian Pengangkutan); Mohd Khairul Adib Abd Rahman sebagai KSU Kementerian Pengangkutan (jawatan terdahulu: Timbalan KSU (Dasar) Kementerian Pengangkutan).

Sementara itu, Alwi Ibrahim dilantik KSU Kementerian Kerja Raya (jawatan terdahulu: KSU Kementerian Dalam Negeri); Dr Mohd Gazali Abas pula dilantik sebagai KSU Kementerian Dalam Negeri (jawatan terdahulu: KSU Kementerian Pendidikan Malaysia).

Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan dilantik KSU Kementerian Pendidikan (jawatan terdahulu: Setiausaha kerajaan Negeri Perlis); Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dilantik KSU Kementerian Luar Negeri (jawatan terdahulu: Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York).

Muez Abdul Aziz dilantik KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (jawatan terdahulu: Timbalan KSU Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna); Dr Tan Yew Chong dilantik KSU Kementerian Industri Utama (jawatan terdahulu: KSU Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli).

Zurinah Pawanteh dilantik KSU Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (jawatan terdahulu: KSU Kementerian Industri Utama); Isham Ishak dilantik KSU Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (jawatan terdahulu: KSU Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Lokman Hakim Ali dilantik KSU Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (jawatan terdahulu: KSU Kementerian Belia dan Sukan); Dr Waitchalla R R V Suppiah dilantik KSU Kementerian Belia dan Sukan (jawatan terdahulu: Timbalan KSU (Operasi) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

- Bernama

Lihat Komen