malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
UNSC kutuk serangan pengganas di Utara Afghanistan
ADS

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengutuk serangan pengganas yang berlaku di tempat pemeriksaan keselamatan di utara Wilayah Sar-e-Pul dan Wilayah Balkh, Afghanistan pada 31 Dis tahun lepas, lapor agensi berita China Xinhua.

Menyasarkan Angkatan Pertahanan dan Keselamatan Kebangsaan Afghanistan, serangan militan Taliban telah membunuh sekurang-kurangnya 27 anggota pasukan keselamatan serta mencederakan 20 yang lain.

Dalam satu kenyataan, Majlis Keselamatan 15 Anggota telah menggariskan keperluan untuk menahan pelaku, penganjur, pembiaya dan penaja untuk bertanggungjawab bagi kesemua tindakan keganasan ini serta mengheret mereka ke muka pengadilan.

Anggota majlis itu mengulangi bahawa sebarang tindakan keganas adalah jenayah dan tidak dapat dijustifikasikan, tanpa mengira motivasi mereka, di mana sahaja, pada bila-bila masa dan sesiapapun yang melakukannya.

Militan Taliban, yang memerintah negara itu sebelum digulingkan pada lewat tahun 2001, memperbaharui pemberontakan bersenjata dalam beberapa tahun kebelakangan ini dengan membunuh tentera kerajaan dan orang awam.

Keganasan telah meningkat di wilayah utara yang sebelum ini aman sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana pasukan keselamatan Afghanistan memperhebat operasi terhadap militan di wilayah selatan dan timur.


-- Bernama

Lihat Komen