malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Perlis pecat 25 imam
Diterbitkan:  Jan 3, 2019 11:58 AM
Dikemaskini: 5:26 AM
ADS

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) dilapor menamatkan perkhidmatan 25 imam berkuat kuasa 1 Januari.

Keputusan itu dimaklumkan melalui surat bertarikh 31 Disember, tanpa dinyatakan sebarang alasan.

Surat Jaips juga memaklumkan ia diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) pada 6 Disember lalu.

Selain itu, lebih lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Jaips.

Memetik sumber, Harian Metro melaporkan, imam tersebut dipercayai tidak sehaluan dengan pihak berkuasa negeri serta tidak mematuhi amalan yang seperti yang diamalkan negeri itu.

"Mereka yang dipecat juga turut diberi amaran tidak membuat sebarang tindakan yang konon akan memalukan pihak berkuasa agama Perlis dan jika ia berlaku, mereka tidak akan memperoleh bayaran satu hati," kata sumber tersebut.

Sumber tersebut menambah, beliau dimaklumkan beberapa kariah akan melaporkan tindakan itu kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi Facebook beliau hari ini berkata, beliau akan menjawab perkara itu malam ini secara langsung.

bagaimanapun sambil mengingatkan bahawa sebarang kesimpulan perlu mendapatkan maklumat yang sahih terlebih dahulu tanpa dipengaruhi kumpulan politik tertentu.

"Soalannya, benarkan Jaips telah memecat beebrapa imam kerana mereka qunut? Benarkah mereka dipecat kerana bismillah kuat? Atau kerana mereka sudah sampai tahap umur?

“Atau menggunakan masjid untuk mainan politik kepartian? Atau kerana ponteng tugas ambil elaun? Atau kerana menjadikan masjid markas parti? Atau ada masalah lain?

"Soalannya, kenapa pula ada imam-imam yang benar-benar mengikut garis panduan Maips pun ditamatkan?" katanya. 

Jangan buat cara keras, tegur raja

Pada 25 Julai tahun lalu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah masjid di negeri itu mesti mematuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh Maips.

Raja Perlis

Baginda menasihatkan sekiranya masjid-masjid merasakan ajaran yang dipraktikkan mereka selama ini adalah benar, mereka boleh berjumpa dengan mufti serta merujuk al-Quran mengenai perkara itu.

"Janganlah buat cara keras kerana dengan cara keras, imam itu akan membawa anak-anak kariah macam kambing terjun dalam lubang, terjun saja.

"Saya tak mahu tengok anak-anak kariah buta tuli atau ikut saja tak tahu apa yang betul apa yang salah. Kita tiap-tiap ibadat yang kita buat kita mesti ada sebab dan nas," titahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen