malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Wanita Indonesia ditemui mati separuh bogel, tangan berikat
Diterbitkan:  Jan 1, 2019 11:01 AM
Dikemaskini: 3:01 AM
ADS

Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan separuh bogel, tangan diikat dan mulut disumbat kain di sebuah rumah di Jalan Reko, Kajang dekat Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohd Sabri Abdullah berkata mayat wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemui oleh majikannya yang datang ke rumah mangsa selepas dia tidak hadir bekerja selama tiga hari.

“Penemuan mayat itu dilaporkan oleh majikannya pada 6.24 petang semalam,” katanya dalam kenyataan di Kajang.

Menurutnya wanita itu bekerja di sebuah kedai perabot dan dilihat kali terakhir pada malam Khamis.

Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya yang turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil menghubungi pegawai penyiasat ASP Ismail Ahmad menerusi talian 019-2306107 untuk membantu siasatan.

- Bernama

Lihat Komen