malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kabinet akan bincang kenyataan Rashid - Menteri
ADS

Kenyataan Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Abdul Rahman untuk menggunakan sumber kerajaan bagi mengekalkan kuasa akan dibincang kabinet.

Dua menteri kabinet yang juga anggota Majlis Presiden Pakatan Harapan mengesahkan hal ini kepada Malaysiakini.

Abdul Rashid yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan pihak yang membantah penggunaan sumber kerajaan oleh parti untuk mengekalkan kuasa sebagai "bodoh".

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada perhimpunan agung Bersatu di Putrajaya Ahad lalu.

“Beliau (Rashid) sangat teruk!” Kata pesanan teks salah seorang menteri kepada Malaysiakini.

Amalan politik naungan

Menteri yang enggan dinamakan itu berkata pernah berbincang dengan Rashid mengenai persempadanan semula pilihan raya.

“Sebelum PRU14, saya ada dua perbincangan dengan beliau mengenai persempadanan semula dan reformasi pilihan raya.

“Tidak banyak yang beliau tahu. Saya langsung tidak tertarik,” kata menteri itu lagi.

Kedudukan Rashid yang sekarang mempengerusikan jawatankuasa reformasi pilihan raya juga akan dibincang kabinet serta Majlis Presiden PH.

Semalam, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata rakyat Malaysia tidak bodoh dan golongan muda terutamanya akan menentang usaha mengembalikan amalan politik naungan.

Ia sebaik selepas Syed Saddiq mengecam tindakan perwakilan meminta kerajaan memberikan kontrak dan jawatan kepada anggota parti ketika sesi penggulungan perhimpunan agung tahunan Bersatu Ahad lalu.

"Rakyat Malaysia tidak bodoh dan dalam isu ini, saya menentangnya dan sangat pasti pimpinan tertinggi juga menentangnya," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen