malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PM sifatkan 2018 tahun mencabar, doa lebih kejayaan pada 2019
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mendoakan agar kehadiran tahun baru akan memberi makna besar dan mendorong seluruh rakyat melakar kejayaan yang lebih tinggi.

Katanya 2018 adalah tahun yang mencabar dengan pelbagai peristiwa pahit dan manis ditempuh.

"Diharap segala resolusi yang dibuat pada awal tahun lalu, berjaya dicapai.

"Saya berdoa agar segala kejayaan dan kegagalan dijadikan pengajaran. Semoga kehadiran tahun baru ini beri makna besar bagi kita semua dan beri kita dorongan untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi," katanya dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Twitternya.

Dalam video berdurasi seminit itu, Dr Mahathir turut mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia dan menyampaikan ucapan sama dari isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

-Bernama

Lihat Komen