malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rafizi dilantik naib presiden PKR
Diterbitkan:  Dec 28, 2018 7:32 PM
Dikemaskini: 12:19 PM
ADS

Rafizi Ramli - yang tewas dalam pemilihan PKR yang lalu - dilantik sebagai naib presiden parti itu.

Ia diumumkan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini bermesyuarat bagi memutuskan jawatan lantikan bagi parti itu.

"Antara yang dibincangkan adalah perlantikan jawatan-jawatan MPP selepas pemilihan MPP dan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sebelum ini.

"Diharapkan mereka dapat memikul amanah besar untuk menunaikan harapan rakyat dalam era Malaysia baru ini," katanya.

Berikut adalah senarai penuh jawatan lantikan bagi penggal 2018-2021:

  • Naib presiden: Rafizi Ramli
  • Naib presiden: Chang Lih Kang
  • Naib Presiden (Sabah/Sarawak): Ali Biju
  • Setiausaha Agung: Saifuddin Nasution Ismail
  • Bendahari Agung: Lee Chean Chung
  • Ketua penerangan: Shamsul Iskandar Md Akin
  • Setiausaha pengelola: Nik Nazmi Nik Ahmad
  • Ahli MPP (lantikan): Lee Khai Loon
  • Ahli MPP (lantikan): Faisal Sanusi
  • Ahli MPP (lantikan): Syed Ibrahim Syed Noh
  • Ahli MPP (lantikan): Rayyan Abdul Rahim
  • Ahli MPP (lantikan): Raymond Ahuar
  • Ahli MPP (lantikan): S Kesavan
  • Pengarah strategi: Dr Mansor Othman
  • Pengarah komunikasi: Fahmi Fadzil
  • Timbalan setiausaha agung: Dr R Santhara Kumar
  • Timbalan ketua penerangan: Sim Tze Tzin
  • Timbalan ketua penerangan: S Manivanan
  • Ketua jawatankuasa keanggotaan: Tian Chua
  • Ketua jawatankuasa sistem pemilihan parti: Dr Lee Boon Chye

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen