malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Paderi ditahan dakwaan cabul gadis
Diterbitkan:  Dec 26, 2018 8:51 PM
Dikemaskini: 12:51 PM
ADS

Polis menahan seorang lelaki yang juga paderi bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul kehormatan seorang gadis yang datang mengurut di rumahnya di sebuah apartment di Jalan Laguna 2, Perai di Pulau Pinang baru-baru ini.

Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan pada 18 Disember lepas selepas gadis berusia 24 tahun berkenaan membuat laporan polis dan paderi tersebut akan didakwa di Mahkamah Butterworth Jumaat ini (28 Disember).

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kejadian itu dipercayai berlaku selepas mangsa yang bekerja sebagai kerani telah pergi ke rumah paderi berkenaan yang juga bapa angkat rakannya bagi melakukan rawatan penyakit sendi pada 1 Disember lepas.

Katanya dalam kejadian pukul 2 petang itu, lelaki berkenaan mengurut kaki mangsa di ruang tamu rumah suspek sebelum dia bertindak membuka pakaian gadis tersebut kerana mendakwa perlu mengurut seluruh badan bagi melancarkan darah.

"Paderi itu telah mengurut seluruh badan mangsa sebelum memasukkan jarinya ke dalam kemaluan gadis itu sambil mendakwa ia merupakan tempat tumpuan penyakit yang dihidapi mangsa," katanya di Bukit Mertajam hari ini.

Nik Ros Azhan berkata lelaki itu yang sudah berkahwin telah berpesan kepada mangsa agar tidak memaklumkan kejadian tersebut kepada sesiapa.

"Lelaki itu sebelum ini didakwa selalu menyentuh badan mangsa seperti pada bahu, dada dan punggungnya ketika mangsa pergi berjumpa kawannya di situ. Suspek juga didakwa selalu mengatakan mahu merogol mangsa," katanya.

Beliau berkata selain mangsa, polis turut menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang turut mendakwa dicabul lelaki itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

Katanya pihak polis telah merujuk kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya bagi tindakan pertuduhan ke atas suspek yang dijangka dilakukan pada Jumaat ini dan jika terdapat mangsa yang pernah dicabul paderi itu diminta membuat laporan polis.

- Bernama

Lihat Komen