BERITA

Bayi lelaki ditemui di surau

24 Dec 2018, 1:02 am

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di sebuah surau di Taman Keramat di Kuala Lumpur malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias dalam kenyataannya hari ini berkata bayi lengkap berpakaian dan diletakkan di dalam kotak itu ditemui kira-kira 8.50 malam.

"Turut ditemui bersama bayi itu adalah lampin pakai buang serta susu di sisinya. Pasukan perubatan hospital yang hadir telah memeriksa bayi berkenaan dan mengesahkan bayi itu dalam keadaan sihat,” katanya.

Hamzah berkata bayi lelaki itu dirujuk ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Laporan Berkaitan