BERITA

Kit Siang: DAP keluar k'jaan jika objektif Malaysia Baru diabai

20 Dec 2018, 11:37 am

Dikemaskini 2 tahun lepas

A
+
A
-

Pemimpin-pemimpin DAP, tidak kira yang berada dalam atau luar kerajaan, tidak akan teragak-agak untuk keluar dari gabungan kerajaan jika objektif Malaysia Baru diketepikan, kata Lim Kit Siang.

Katanya, mereka tidak akan sesekali menjadi “lembik” seperti pemimpin MCA.

“Pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baru dan menyelamatkannya daripada menjadi demokrasi memalukan, kakistokrasi, negara gagal dan kleptokrasi global,” katanya.

Veteran politik itu berkata demikian ketika berkata DAP tidak akan menjadi seperti MCA dalam kerajaan BN terdahulu.

Anggota parlimen Iskandar Puteri itu mengulas pandangan ahli perniagaan Clement Hii yang berkata Lim resah apabila orang ramai dikatakan melihat DAP seperti sebuah lagi MCA jika tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan.

Beliau memberikan lima sebab utama kenapa kebimbangan itu tidak akan berlaku.

[Baca berita asal]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Komen