malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PRK Cameron Highlands: PAS tak bertanding, sokong calon pembangkang
Diterbitkan:  Dec 19, 2018 3:15 PM
Dikemaskini: 9:05 AM
ADS

PAS membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highland 26 Januri ini, sebaliknya akan memberi sokongan kepada calon pembangkang lain.

Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan berkata, ini sebagai parti pembangkang, PAS berharap keputusan PRK itu akan menguatkan pembangkang di Parlimen.

"Selaras dengan di atas, maka PAS memutuskan akan memberi sokongan kepada calon yang mewakili pembangkang dalam PRK ini nanti.

"Sehubungan itu PAS menyeru dan akan mengarahkan ahli-ahlinya di kawasan parlimen itu supaya turun membuang undi sebagaimana pendirian parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab parti itu tidak akan meletakkan calon pada PRK itu.

Cameron Highlands merupakan kerusi tradisional MIC yang dimenangi sejak 2004. Pada PRU ke-14 Ketua Pemuda MIC C Sivarraajh mengalahkan M Manogaran dengan majoriti 567 undi.

Calon PAS Wan Mahadir Wan Mahmud pula mendapat 3,587 undi.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan BN di Cameron Highlands pada PRU14 terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi.

MIC tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu tetapi mahu "membuat rayuan kepada rakyat" pada PRK nanti.

 

 

 

Lihat Komen