malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pegawai Goldman Sachs tiada semasa prosiding ekstradisi
Diterbitkan:  Dec 19, 2018 12:27 PM
Dikemaskini: 4:27 AM
ADS

Bekas pegawai Goldman Sachs Roger Ng Chong Hwa, yang dikehendaki berkaitan skandal 1MDB, tidak dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk prosiding prosiding ekstradisi.

Peguam Tan Hock Chuan mahu anak guamnya itu dibawa ke mahkamah untuk berdepan pertuduhan petang ini.

Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya pula mahu tarikh sebutan kes ditetapkan dengan berkata mereka tidak dapat membawa Ng.

Hakim Mahkamah Sesyen Edwin Paramjothy menetapkan 4 Januari untuk sebutan kes dan mengarahkan Ng direman sehingga tarikh itu.

Ng direman polis sejak 1 November lalu. Pihak berkuasa memperoleh perintah remah 60 hari.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat hari ini memfailkan permohonan ekstradisi untuk membawa Ng berdepan kesalahan tidak hadir ke mahkamah di New York.

Dia berdepan pertuduhan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.

[Baca berita asal]

Lihat Komen