malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
IGP: Polis selaras siasatan kes bunuh Adib
Diterbitkan:  Dec 18, 2018 4:47 PM
Dikemaskini: 8:47 AM
ADS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyelaraskan siasatan kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim mengikut peruntukan seksyen yang telah dipinda, kata Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun.

"Kes melibatkan Allahyarham (Adib) kini diklasifikasikan semula daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cubaan membunuh) kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh) dan siasatan lanjut akan diselaraskan mengikut peruntukan seksyen yang telah dipinda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata PDRM ingin menasihati semua pihak agar tidak bertindak dalam apa jua cara yang boleh membangkitkan sensitiviti perkauman atau keagamaan ekoran insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya, bulan lepas.

Beliau mewakili seluruh warga PDRM turut menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam tadi.

Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, cedera parah dipercayai dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil berkenaan.

Allahyarham ketika itu menyertai operasi memadam kebakaran di hadapan kuil itu.

- Bernama

Lihat Komen