Pengiklanan

    Mahkamah perintah k'jaan bayar RM11.26j pada The Edge

    (Dikemaskini )
    Hafiz Yatim  |  Berita

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan diarahkan membayar RM11.26 juta kepada The Edge Communications Sdn Bhd susulan penggantungan penerbitannya selama tiga bulandari 27 Julai ke 21 September 2015, mengenai siri laporan terhadap 1MDB.

    Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Norazlin Othman mengeluarkan perintah berkenaan dalam kamar hari ini.

    Difahamkan syarikat itu akan dibayar berjumlah RM11,260,350 sebagai ganti rugi dan bunga yang dikenakan sebanyak empat peratus bermula dari 27 Julai 2015, tarikh penggantungan penerbitan tersebut dikeluarkan.

    Syarikat The Edge diwakili peguam Amanda Loh, manakala peguam persekutuan Shaiful Nizam Shahrin bagi pihak kerajaan.

    KDN ketika itu di bawah bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi yang mengeluarkan arahan penggantungan selama tiga bulan berikutan laporan mengenai 1MDB kepada penerbitan syarikat The Edge, iaitu The Edge Financial Daily dan The Edge Weekly.

    Bagaimanapun, penggantungan itu ditarik semula kurang dua bulan selepas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Asmabi Mohamed yang mendapati tidak ada sebab untuk perintah penggantungan itu dikeluarkan.

    Keputusan itu dikekalkan di Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan.

    Malaysiakini telah menghubungi peguam The Edge daripada Messrs Raja Darryl and Loh, yang mengatakan sedang mendapat persetujuan anak guam mereka sebelum mengeluarkan kenyataan.

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih