malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kerajaan pusat bukan orang luar, kata Dr M pada TMJ
ADS

Pulau Kukup, Johor harus dikekalkan sebagai hutan simpan paya bakau, tegas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga berkata kerajaan bukan “orang luar”, ketika mengulas kenyataan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menggesa golongan itu tidak menyibuk dalam hal ehwal negerinya.

“Rakyat Malaysia bukan orang luar, kerajaan persekutuan bukan orang luar.

“Kita bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di seluruh negara,” kata Mahathir ketika ditanya dalam sidang media di Putrajaya pagi ini.

Tunku Ismail semalam meminta Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar tidak masuk campur dalam isu status Pulau Kukup kerana isu tanah bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Pada 8 Disember, Xavier berkata jemaah menteri berpandangan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara perlu dikekalkan, dan penukaran statusnya boleh memberi kesan kepada pengiktirafan paya bakau itu sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa.

Ia susulan warta bertarikh 24 September lepas berhubung pembatalan statusnya sebagai taman negara yang dilindungi.

Sebelum Tunku Ismail memberi penjelasan langkah itu bagi membolehkannya diklasifikasikan sebagai tanah kesultanan dan statusnya sebagai taman negara akan terus dikekalkan.

Lihat Komen