malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dilantik sebagai pengerusi DAP Selangor yang baru.

Mengulas lantikan itu, beliau yang juga timbalan pengerusi DAP berkata akan mengadakan perjumpaan dengan anggota dan pemimpin parti peringkat negeri itu bagi menghadapi cabaran akan datang.

"Tugas utama saya adalah untuk turun mendengar apa yang dikehendaki oleh semua bahagian dalam parti dan kita perlu bina satu parti yang kuat dan bersedia menghadapi cabaran dalam masa akan datang.

"Saya cukup yakin atas barisan jawatankuasa yang sedia ada. Kita ada satu pasukan yang sangat berkebolehan dan kita akan lakukan paling baik (untuk) bawa DAP Selangor ke satu tahap yang baru," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan pemilihan jawatankuasa di Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2018 di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Pada pemilihan hari ini, beliau mendapat kedudukan ke-9 daripada 15 bagi menganggotai jawatankuasa negeri.

Pemilihan DAP merangkumi dua peringkat. Perwakilan akan memilih 15 calon bagi kepimpinan negeri.

Selepas itu, 15 calon yang mendapat undi tertinggi akan memilih di kalangan mereka untuk setiap jawatan, termasuk pengerusi.

Adun Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dipilih menjadi timbalan presiden manakala Adun Sekinchan Ng Suee Lim dan Adun Sungai Air Tawar V Ganabatirau sebagai naib pengerusi.

Gobind menyatakan penghargaan kepada Pua yang selama ini berusaha keras mengemudi DAP di Selangor.

"Kini kita dalam era di mana DAP Selangor sebahagian daripada kerajaan persekutuan, jadi ini adalah perkara yang berbeza.

"Banyak kerja yang perlu dilakukan dan kita perlu mula daripada sekarang," katanya lagi.

Berikut adalah senarai kepimpinan baru DAP Selangor:

Lihat Komen