malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib soal Maszlee: Siapa guru kamu?
Diterbitkan:  Dec 6, 2018 6:19 PM
Dikemaskini: 10:19 AM
ADS

Bekas perdana menteri Najib Razak sekali lagi menempelak Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berhubung penilaian yang diberinya sendiri mengenai prestasinya semasa temu bual dengan Malaysiakini.

Maszlee, yang memberi dirinya "9.95 daripada 10", berkata penilaian itu adalah sebagai seorang yang sedang belajar dan bukannya sebagai seorang menteri sejak enam bulan lalu.

Dalam hantaran di Facebook, Najib meminta para pembaca menilai menteri itu.

“Saudara-saudari beri dia berapa skor?

“Kalau dia tahu nilainya di mata rakyat, tak lena dia dan malam ini dia main lagu Linkin Park lagi,” katanya.

 Najib merujuk hantaran lirik lagu Linkin Park yang bertajuk 'Numb' di akaun Instagram Maszlee pada 27 Nov.

Sementara itu, Najib juga mendedahkan isu-isu yang mengundang liputan negatif terhadap menteri itu dan mempersoalkan siapa yang mengajarnya.

“Maszlee juga kata dia seorang yang sedang belajar. Kasut, stokin dan renang. Apa sebenarnya yang dia belajar dan siapa gurunya?

“Tidak mengapalah, dibayar gaji berpuluh-puluh ribu sebulan untuk belajar, siapa tak nak dan apa salahnya?

“Selesa.

“Sampai hari ini kita tidak tahu apa sumbangan positif dia kepada sistem pendidikan, ibu bapa, pelajar, mahasiswa.

“Tapi memang baiklah kalau sudi belajar, Maszlee. Insya-Allah ada masa kita akan beri pendapat dan cadangan,” katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Maszlee berkata beliau telah belajar banyak perkara baru sepanjang enam bulan lalu tetapi mengakui bahawa keluk pembelajaran itu sangat mencabar.

Menurutnya, beliau mendapati masih banyak yang perlu dilakukan dan pengorbanan demi masa depan negara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen