malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Saya jadi presiden UIAM sebab nak laksana kebebasan akademik'
ADS

WAWANCARA | Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengambil tanggungjawab presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana beliau mahu meminda peraturan institusi berkenaan supaya menyediakan kebebasan akademik yang lebih besar.

"Bagi UIAM lebih mudah (untuk menyediakan kebebasan akademik kerana) ia berada di dalam peraturan disiplin jadi ia boleh dipinda hanya dengan keputusan ahli lembaga pengarah. 

"Sebab itulah, pada awalnya saya memutuskan untuk mengambil tanggungjawab menjadi presiden (UIAM) untuk meminda semua peraturan ini.

"Memandangkan saya sudah menyelesaikan tugas itu, saya melepaskan jawatan tersebut," kata Maszlee kepada Malaysiakini ketika diwawancara di kedai buku Kinokuniya di Suria KLCC hari ini.

Beliau berkata demikian ketika memaklumkan kementerian pendidikan akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta undang-undang berkaitan lain bagi menyediakan kebebasan akademik yang lebih besar kepada mahasiswa.

Pelantikan Maszlee sebagai presiden UIAM pada 5 September telah mengundang kritikan, khususnya daripada kumpulan mahasiswa yang berkata tindakan menteri itu bertentangan dengan janji Pakatan Harapan untuk tidak melantik ahli politik mengisi jawatan pengurusan universiti.

Kumpulan mahasiswa telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kementerian Pendidikan di Putrajaya bagi membantah pelantikan tersebut dan dibenarkan bertemu Maszlee bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

Kabinet kemudian memutuskan anggota parlimen Simpang Renggam itu perlu melepaskan jawatannya sebagai presiden UIAM.

Maszlee selanjutnya berkata beliau akan meletak jawatan sebagai presiden UIAM selepas proses melantik penggantinya selesai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen