malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Maszlee jamin isu 1MDB masuk sejarah Malaysia
ADS

Menteri Pendidikan Maszlee Malik mememberi jaminan skandal 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia agar generasi masa depan tidak akan mengulanginya.

"Saya boleh memberi jaminan bahawa isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia supaya generasi di masa depan tidak akan mengulanginya.

"Begitu juga dengan jenayah besar yang dilakukan ahli politik seperti menyamun (harta negara)," katanya di Dewan Rakyat ketika sesi soal jawab hari ini.

Maszlee yang berucap bagi kementeriannya berkata demikian ketika menyentuh usaha mengkaji semula subjek Sejarah di sekolah.

Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan secara spesifik sama ada isu 1MDB akan dimasukkan dalam kurikulum sekolah.

Anggota parlimen Simpang Renggam itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mengingatkan bahawa sejarah buruk akan diulangi jika rakyat tidak tahu tentang sejarah.

"Jika kita tidak tahu sejarah, maka berkemungkinan kita akan mengulangi keburukan sejarah yang pernah dilalui, dan saya ingin tahu ada berapa sekolah swasta di negara yang mengambil (subjek) Sejarah seperti 60 Sekolah Menengah Persendirian Cina.

"Apakah tajuk dan fakta sejarah yang menjadi kontroversi negara ini?" soal Ahmad.

Selepas mendengar jawapan Maszlee, Ahmad kemudian mencelah dengan bertanya: "(Adakah) termasuk RM30 bilion yang hilang dalam forex?"

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung mengenai kes kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia, yang ditubuhkan oleh kerajaan pentadbiran sebelum ini, mengaitkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bekas penasihat Bank Negara Nor Mohamed Yakcop dalam isu berkenaan.

Sementara itu, dalam jawapannya sebelum itu, Maszlee memetik ungkapan "sejarah ditulis oleh pemenang" ketika menjelaskan usaha kerajaan untuk menambah baik subjek Sejarah di sekolah.

"Perubahan landskap sejarah membawa perubahan besar minda masyarakat dalam membentuk naratif baru sejarah," katanya.

Justeru, katanya, Kementerian Pendidikan akan menubuhkan jawatankuasa bagi menambah baik kurikulum dan buku teks sejarah.

"Kita akan berbincang dengan pakar sejarah untuk mendapat perspektif sejarah dengan naratif yang lebih besar," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen