malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
ADS

Liow Tiong Lai menyampaikan ucapan penuh emosi di mesyuarat agung tahunan MCA, menyatakan penghargaan terhadap mereka yang menyokongnya sepanjang lima tahun mengemudi parti itu.

"Saya ingin berterima kasih kepada semua kawan yang memberikan kritikan terhadap saya sebelum ini, adan mengingatkan saya untuk cermin diri dan memperbaiki diri.

"Saya juga berterima kasih kepada semua rakan seperjuangan dan MCA. Tanpa anda, siapalah Liow Tiong Lai," katanya ketika merasmikan acara itu di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau dilihat mengeluarkan tisu daripada poket untuk mengesat air mata, serta berhenti menenangkan diri sebelum meneruskan ucapan.

1,637 perwakilan yang hadir kemudian bangun dan memberikan tepukan gemuruh kepada bekas menteri pengangkutan itu.

Liow meminta mereka memberi sokongan kepada penggantinya, Wee Ka Siong.

"Saya menggesa semua komrad untuk menyokong penuh presiden baru kita," katanya sambil mengingatkan kepentingan untuk anggota MCA bersatu bagi mengembalikan kegemilangan parti itu.

Beliau memilih untuk tidak bertanding dalam pemilihan MCA tahun ini selepas menyaksikan pencapaian parti itu merosot kepada satu kerusi parlimen saja selepas PRU ke-14.

[Baca berita asal]

Lihat Komen