malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
ADS

MCA telah memasukkan usul untuk menggesa pembubaran BN dan pembentukan gabungan baru dalam mesyuarat agung tahunannya kali ini, kata parti itu.

"(MCA) telah memberi kuasa kepada jawatankuasa pusatnya (CC) untuk membubarkan BN dan membentuk gabungan lain," kata usul itu yang dilihat Malaysiakini.

Ketika ditemui di mesyuarat itu, Ketua MCA Kluang Gan Ping Sieu mengesahkan MCA akan membahaskan usul itu.

Namun beliau berpandangan parti itu sepatutnya membahaskan soal MCA keluar daripada BN, bukannya pembubaran gabungan.

"Usul ada dua peringkat. Pertama, parti akan beri kuasa kepada CC (untuk melihat perkara itu) dan kedua, ia akan menggesa pembubaran BN.

"Pembubaran BN kedengaran baik tetapi bukan anda yang menentukannya," katanya.

Gan Ping Sieu

Ia berbeza dengan penarikan diri MCA daripada BN, yang mana parti itu boleh membuat keputusan secara terus, katanya lagi.

Beliau mempersoalkan sama ada MCA cuba 'membeli masa' memandangkan parti itu masih belum membuat keputusan dalam soal itu, walaupun sudah enam bulan berlalu sejak PRU ke-14.

"Walaupun usul diluluskan, ia tetap tergantung, terutama ketika Umno dan MIC tidak membuat keputusan yang sama.

"Jadi semuanya kekal status quo; maka tiada keperluan untuk membawa usul itu, jika mengambil kira bagaimana usul tersebut dirangka," katanya lagi.

Terdahulu Presiden MCA Wee Ka Siong dalam ucapan dasarnya secara tidak jelas memaklumkan parti itu akan membuat keputusan penting hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen