malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Waytha ucap tahniah kepada polis dalam mengendalikan isu kuil
Diterbitkan:  Dec 1, 2018 4:04 PM
Dikemaskini: 8:06 AM
ADS

Masyarakat India Malaysia dan rakyat negara ini secara amnya menghargai tahap profesionalisme yang tinggi yang dipamerkan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kekecohan yang berlaku di kuil Seri Mahamariamam Subang Jaya baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy mengucapkan tahniah kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas tindakan segera pihak polis untuk mententeramkan keadaan sehingga di sekitar kuil itu kini kembali seperti biasa.

"Saya juga mengalu-alukan jaminan oleh KPN bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan dan pelaku yang terlibat akan dibawa ke mahkamah demi kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya ," katanya dalam satu kenyataan hari in

Tambah beliau masyarakat India Malaysia menghargai kehadiran anggota polis berhampiran kuil itu bagi mengawal keadaan bagi menentukan semua pihak yang mengunjungi kuil itu mematuhi paraturan dan undang-undang.

“Sekali lagi dengan hati yang tulus ikhlas saya ingin melahirkan penghargaan terhadap kesemua anggota polis serta KPN yang telah bertindak cepat bagi membendung sebarang bentuk jenayah ekoran kejadian itu

-- Bernama

Lihat Komen