malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Rosmah 'bertamu' kali ketiga di Menara KPJ
ADS

Rosmah Mansor sekali lagi mengadap penyiasat Unit Pencegahan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla) di Menara KPJ di Kuala Lumpur berhubung siasatan lanjut barangan kemas yang dirampas polis beberapa bulan lalu.

Semalam, sumber polis memberitahu Malaysiakini isteri kepada bekas perdana menteri itu menghabiskan masa kira-kira tiga jam bagi merekod kenyataannya itu di Menara KPJ.

Ia adalah kehadiran kali ketiga Rosmah di situ untuk siasatan kes berkenaan.

"Beliau hadir kira-kira 9.45 pagi dan meninggalkan bangunan tersebut sekitar 1 petang," kata sumber itu sambil memberitahu siasatan masih belum berakhir.

Seorang lagi sumber berkata, kehadiran Rosmah itu adalah bagi menyambung semula keterangan yang direkod pada sesi minggu lalu.

"Ya, polis sudah merekod kenyataanya mengenai barang kemas dan beg tangan yang dimilikinya," kata sumber terbabit.

Bulan lalu, Rosmah bersama anak lelakinya Norashman dan Riza Aziz dipanggil untuk memberi keterangan mengenai barang kemas dan barangan yang dirampas dari premis yang dikaitkan dengan Najib.

Soal siasat terhadap ketiga-tiga itu berlanjutan sehingga hampir empat jam.

Minggu lalu, Rosmah hadir bersendirian dan keterangannya direkod selama empat jam.

Untuk rekod, barang kemas yang dirampas itu bernilai RM440 juta termasuk 1,400 rantai, 2,200 cincin, 2,100 gelang tangan dan 2,800 anting-anting.

Esok, rayuannya kes penggubahan wang itu yang dipindahkan ke mahkamah tinggi itu akan didengar di depan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen