malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Timb IGP: Jumlah polis, FRU 'lebih 2 kali ganda' malam ini
ADS

Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim berkata polis akan menggandakan anggotanya di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya malam ini, bagi menghalang lebih banyak kejadian tidak diingini berlaku.

Menurut Noor Rashid, beliau mempengerusikan mesyuarat berhubung isu itu hari ini dan menegaskan polis akan mengambil pendekatan "sangat tegas dan berdasarkan undang-undang".

"Tiada lagi insiden seumpama ini. Jika ada tanda-tanda akan ada himpunan, kita akan ambil tindakan awal.

"Jika ada orang yang berhenti (di kawasan itu), kami akan periksa mereka. Hanya mereka yang pergi atas tujuan keagamaan dibenarkan masuk ke kawasan itu. Kami akan bertegas," katanya ketika sidang media di bangi, hari ini.

Beliau berkata bilangan anggota polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditambah dengan lebih banyak.

"Saya telah arahkan mereka untuk bersedia. Bilangan (anggota) akan lebih ramai dari semalam, lebih dari dua kali ganda," katanya.

Beliau berkata polis telah menerima lebih 90 laporan berhubung kejadian itu.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!