malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
IGP boleh isytihar perintah berkurung, kata Musa Hassan
Diterbitkan:  Nov 27, 2018 4:38 PM
Dikemaskini: 8:38 AM
ADS

Bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan, percaya untuk mengelakkan rusuhan yang sudah berlarutan dua malam di Kuil Sri Mariamman Seafield, Subang Jaya daripada menjadi tidak terkawal, Majlis Keselamatan Negara harus mengisytiharkan perintah berkurung.

Tujuannya kata Musa, adalah bagi memastikan ketenteraman awam kembali wujud di kawasan itu kerana langkah berkenaan berkesan dalam menangani kejadian berkenaan.

“Ya, polis kena tegas dan tindakan tidak kira pihak mana. Polis presence atau keberadaan anggota polis harus wujud di kawasan berkenaan. Boleh letak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) atau apa-apa unit.

“Ketua Polis Negeri (Selangor) boleh isytihar perintah berkurung supaya ketenteraman tidak tergugat dan kemudian maklumkan kepada kerajaan negeri,” katanya yang dipetik oleh Utusan Malaysia.

Sebelum ini, isu pengambilalihan hartanah dan pemindahan kuil di Subang Jaya itu menyaksikan rusuhan, kejadian membakar kenderaan, merosakkan bangunan.

Setakat ini, ia juga telah mengakibatkan kecederaan serius seorang penjawat awam yang dipukul oleh kumpulan perusuh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen