malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Giliran Mahdzir dituduh di mahkamah
Diterbitkan:  Nov 27, 2018 11:07 AM
Dikemaskini: 3:07 AM
ADS

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid dijangka akan dihadapkan ke mahkamah bersama seorang yang lain untuk dikenakan tuduhan rasuah pada Jumaat ini.

Sumber memberitahu Malaysiakini Mahdzir - yang juga bekas menteri pendidikan - akan dipanggil hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya sehari sebelum itu.

Difahamkan Mahdzir akan didakwa berhubung projek hibrid solar di Sarawak.

Bulan lalu Bernama melaporkan anggota parlimen Padang Terap itu disoal siasat selama lima jam oleh SPRM pada 16 Okt.

Siasatan itu dikatakan ada kaitan dengan kontrak projek tenaga hibrid solar untuk sekolah di kawasan pedalaman Sarawak.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Mahdzir untuk mendapatkan komen beliau.

Pada awal Jun lalu pihak berkuasa membayangkan wujud unsur salah laku dalam pemberian kontrak projek berkenaan yang bernilai RM2.6 bilion.

Awal bulan ini bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan bekas pembantu Rizal Mansor didakwa di dua mahkamah berasingan.

Ketiga-tiga mereka dituduh melakukan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek hibrid solar juga.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen