malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis cari kumpulan masuki kuil
Diterbitkan:  Nov 27, 2018 9:25 AM
Dikemaskini: 1:25 AM
ADS

Polis menjanjikan tindakan tegas ke atas kumpulan yang memasuki kawasan kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya malam tadi.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Aziz Jamman berkata tidak ada kompromi akan diambil terhadap pihak terbabit dan langkah tersebut dibuat tanpa memilih bulu.

Katanya tindakan pihak berkenaan dilihat sebagai sengaja mencipta masalah bagi merosakkan keamanan di negara ini.

"Polis akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang bertindak masuk ke kawasan kuil sehingga mencetuskan kekecohan.

"Tidak ada kompromi kepada mereka yang sengaja cuba menganggu gugat keamanan dan keharmonian negara," katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa kenderaan dibakar, bangunan dirosakkan dan kecederaan dilaporkan kesan ketegangan yang berlaku di kawasan kuil berkenaan pada awal pagi tadi.

Bagaimanapun polis berkata keadaan kini terkawal dan siasatan sedang dijalankan.

Menurut Aziz polis bertindak secara profesional dan matang sehingga kejadian tidak diingini berjaya dielakkan ketika berlaku provokasi daripada pihak tidak bertanggungjawab.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang mencetuskan provokasi hingga menyebabkan kerosakan di tempat awam.

"Mereka juga akan dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Pada masa sama Aziz menggesa semua pihak tidak mengambil tindakan sesuka hati atau mengikut pertimbangan sendiri kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

"Sebarang pertikaian di antara pihak kuil dengan pemaju perlu diselesaikan secara perbincangan dan berlapang dada, bukannya menerusi kekerasan atau keganasan," katanya.

Lihat Komen