malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Rusuhan di kuil: Laporan polis dibuat terhadap polis
ADS

Laporan polis dibuat terhadap Ketua Polis Daerah Subang Jaya Muhammad Azlin Sadari yang didakwa tidak efisien dan berat sebelah dalam menangani isu pergaduhan di Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman, Seafield, pagi tadi.

Anggota jawatankuasa pusat Pemuda MIC K Arivind membuat laporan tersebut di ibu pejabat daerah Shah Alam sebentar tadi.

“Kami Pemuda MIC pandang serius dengan tindakan mengecewakan pihak polis khususnya IPD Subang,” katanya.

Menurut Arivind, kenyataan Azlin di Facebook Polis Daerah Subang Jaya hari ini berkaitan “pergaduhan antara dua kumpulan” kurang tepat.

“Kenyataan Azlin dibuat dengan tergesa-gesa dan berat sebelah,” kata Arivind ketika menghubungi Malaysiakini.

Tambahnya, Pemuda MIC mendapat tahu bahawa seramai 200 orang “samseng diupah” untuk membuat rusuhan.

Beliau juga membangkitkan isu ketibaan pasukan keselamatan yang menurutnya pada 4.30 pagi dan FRU pada 5.30 pagi.

“Ini menunjukkan bahawa pihak ketua polis Subang Jaya gagal menjalankan tugas menjaga keamanan masyarakat.

“Kenapa pihak polis harus mendiamkan diri sehingga ada yang tercedera dan kereta-kereta dibakar oleh orang yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Lihat Komen