Pengiklanan

    Dakwaan pinda laporan 1MDB: SPRM panggil Ambrin Buang

    (Dikemaskini )

    Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin Buang akan dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

    Portal Utusan Malaysia Online yang memetik sumber, melaporkan Ambrin akan hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 3 petang ini.

    Sebelum ini, akhbar berkenaan turut melaporkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak telah mengarahkan laporan audit 1MDB yang disediakan Ambrin dipinda.

    Laporan itu mendedahkan Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB.

    Perkara itu kemudiannya disahkan Ketua Audit Negara, Madinah Mohamad mengenai laporan akhir pengauditan 1MDB telah dipinda atas arahan ahli parlimen Pekan itu semalam.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih