ESEI FOTO | Bencana berkembar iaitu tsunami dan gempa bumi pada 7.4 skala richter yang melanda Palu pada 28 September lalu meragut 2,200 nyawa dan menyebabkan ratusan ribu kehilangan tempat tinggal.
Proses pembangunan semula bingkas berjalan di kota yang terkenal dengan jolokan Bandar Mutiara itu.
Dua bulan berlalu, mereka yang terselamat masih merawat luka kehilangan orang tersayang, tempat tinggal dan mata pencarian.




Ruang lapang untuk bermain di tempat perlindungan dan sekolah sementara memberikan sedikit kelegaan kepada kanak-kanak di Palu - termasuk yang menjadi yatim piatu dan terpisah dengan keluarga akibat bencana.


Terkesan dengan dugaan yang menimpa penduduk, sukarelawan daripada Indonesia dan juga negara luar hadir untuk menghulurkan bantuan. Bantuan juga mencurah-curah dari negara jiran.

Namun kerana kemusnahan oleh gempa dan tsunami, serta pencecairan yang terjadi akibatnya, terlalu besar. Pihak berkuasa Indonesia menganggarkan proses pemulihan dan pembinaan semula Palu akan mengambil masa paling kurang dua tahun.

Tiada harapan lagi untuk mendapatkan semula apa yang hilang. Penduduk Palu kini bertahan di depan cabaran besar yang benar-benar menguji.
Pada masa ini, mereka hanya mampu berharap sedikit cahaya kehidupan baru terbit di balik debu-debu tinggalan bencana.
