malaysiakini logo
ADS
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Demo syukur Icerd: Penganjur jumpa polis esok
ADS

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) akan bertemu dengan polis esok berhubung penganjuran perhimpunan penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang dijadual 8 Disember ini.

"Kami sudah hantar permohonan (perhimpunan) kepada polis dan esok pertemuan akan diadakan dan dijangka turut disertai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Perbincangan dengan polis akan berlangsung jam 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi," kata Timbalan pengerusi Ummah Kamaruzzaman Mohamad ketika dihubungi.

Kamaruzzaman juga bertegas pihaknya tetap mahu mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka dan telah menyatakannya kepada polis.

"Setakat ini lokasi perhimpunan tidak berubah iaitu Dataran Merdeka," katanya lagi.

ADS

Himpunan yang mensasarkan penyertaan 500,000 hadirin itu ditukar menjadi "majlis kesyukuran" susulan pengumuman kerajaan untuk tidak akan meratifikasi konvensyen itu.

Namun terdapat beberapa pihak yang berpandangan himpunan itu tidak perlu lagi diadakan, antaranya Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang berkata pembatalannya dapat meredakan "suhu politik" negara.

NGO Pertubuhan Ikram Malaysia juga menyatakan perkara sama dan menggesa semua pihak kembali bertenang demi keamanan dan kesejahteraan rakyat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen