malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Firefly sahkan gantung penerbangan ke Singapura
Diterbitkan:  Nov 22, 2018 4:54 PM
Dikemaskini: 8:54 AM
ADS

FlyFirefly Sdn Bhd, yang menjalankan operasi sebagai Firefly, hari ini mengesahkan ia akan menggantung penerbangan ke Singapura berkuatkuasa 1 Disember 2018.

Anak syarikat Malaysia Airlines itu di dalam catatan di Facebook memberitahu, penggantungan itu akan berkuatkuasa sehingga pihak berkaitan menyelesaikan perkara berhubung perancangan pihak berkuasa Singapura untuk memindahkan operasi pesawat turbo-prop dari Changi International ke Seletar di pulau berkenaan.

“Firefly tidak diberikan sebarang tempoh masa muktamad oleh pihak berkuasa akan kelewatan itu.

“Selepas mendapat kelulusan akhir dari pihak berkuasa, Firefly akan menyambung semula penerbangannya ke Singapura,” jelas syarikat penerbangan itu.

Untuk sementara ini, syarikat penerbangan itu menyebut, urusan sedang dibuat untuk penumpang yang terjejas.

-Bernama

Lihat Komen